Abstract
1 min readMutia Sobihah Abd Halim Politeknik Hulu Terengganu 21700 Kuala Berang, Terengganu Teea_76@Yahoo.Com Ahmad Munir B. Dato’ Mohd Salleh W. Abd Aziz B. W. Mohd Amin Noor Maizura Mohamad Noor Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. ABSTRAK Kajian ini bermatlamat untuk menentukan hubungan sumber-sumber teknologi dan kemahiran pengurusan E-dagang ke atas keupayaan organisasi di dalam industri perhotelan di Malaysia dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Alat pengukuran bagi sumber-sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang telah diaptasikan daripada Duncan dan Bogucki (1995), dan Mata, Fuerst dan Barney (1995). Dapatan kajian menunjukkan keupayaan E-dagang lebih tinggi dengan nilai min 3.23 berbanding kelebihan E-dagang 3.22. Kajian juga mendapati kemahiran pengurusan E-dagang dengan nilai min 3.23 dan sumber-sumber teknologi E-dagang dengan nilai min 3.22. Kajian juga menunjukkan terdapat korelasi antara keupayaan organisasi (kelebihan E-dagang dan keupayaan E-dagang) dengan pembolehubah sumber teknologi E-dagang dan kemahiran pengurusan E-dagang. Manakala analisis regresi ‘stepwise’ memperlihatkan pembolehubah sumber-sumber teknolgi E-dagang sebagai faktor paling dominan dalam meramalkan keupayaan organisasi dan kelebihan E-dagang. Manakala kemahiran pengurusan E-dagang merupakan faktor yang paling penting dalam mempengaruhi keupayaan E-dagang. Katakunci: E-dagang, E-dagang sumber-sumber teknologi, E-dagang kemahiran pengurusan dan Keupayaan organisasi.
Discussion(0)
No comments yet. Be the first to comment.